Sunday, December 12, 2010

INSTRUMENT PANEL

INDICATOR INSTRUMENT


Perkakas penunjuk (indicator instruments) disusun pada instrument panel yang berada dihadapan pemandu. Ini adalah bertujuan untuk memberitahu pemandu status kenderaan dengan mudah. Perkakas penunjuk               (indicator instrument) biasanya menggunakan lampu penunjuk (indicator lamp) dan juga meter penunjuk (indicator gauge).



Meter Penunjuk

Meter penunjuk (indicator gauge) akan menunjukkan status kenderaan berdasarkan pada keadaan seperti:

  1. Speedometer
§  ia mengandungi speedometer yang  menunjukkan kelajuan kenderaan (km/j @ mph), odometer akan menunjukkan jarak perjalanan kenderaan yang telah dilalui dan trip meter untuk perjalanan semasa. Ianya boleh direset ke 0 sebelum memulakan perjalanan.

  1. Tachometer
§  menunjukkan kelajuan pusingan enjin dalam RPM (revolutions per minute).

  1. Voltmeter
§  menunjukkan voltej bateri atau voltej keluaran (output voltage) dari alternator.

  1. Fuel Gauge
§  menunjukkan paras bahanapi dalam tangki.

  1. Water/engine coolant temperature gauge
§  menunjukkan suhu air/penyejuk dalam enjin.

 Penunjuk
 
Penunjuk yang menggunakan lampu biasanya menunjukkan fungsi peralatan elektrikal dan juga menunjukkan sesuatu keadaan yang tidak normal/bahaya pada kenderaan. Contohnya

  1. Low oil pressure warning lamp
-       menunjukkan tekanan minyak pelincir rendah dan dalam keadaan bahaya.

  1. Discharge warning lamp
-       menunjukkan charging system ( sistem pengecas) tidak berfungsi dengan baik.

  1. High beam indicator
-       menunjukkan headlight ( lampu utama) berada pada high beam( posisi tinggi)

  1. Turn signal indicator
-       menunjukkan lampu isyarat kiri atau kanan sedang berkelip

  1. Hazard warning indicator ( penunjuk lampu kecemasan)
-       menunjukkan kedua-dua lampu isyarat kiri dan kanan menyala.

  1. Low fuel warning lamp
-       menunjukkan paras bahanapi yang terlalu rendah dalam tangki

  1. Brake system warning lamp
-       menunjukkan parking brake sedang digunakan ( ditarik) atau bendalir brek dalam takungan diparas yang terlalu rendah.

  1. Open door  warning lamp
- menunjukkan salah satu pintu kenderaan tidak ditutup dengan rapat